KUCHING : Sabtu, 24 Ogos 2024
Premier Sarawak, YAB Datuk Patinggi Tan Sri Dr Abang Johari bin Tun Abg Openg telah hadir mengiringi Perdana Menteri Malaysia YAB Dato Sri Annuar bin Ibrahim merasmikan Majlis Penutupan SUKMA ke-21 bertempat di Stadium Perpaduan Sarawak, Petra Jaya
Ketika berucap dalam majlis tersebut, Premier Sarawak merakam dan memberi tahniah kepada kontinjen Sarawak yang telah muncul juara keseluruhan Sukma ke-21 tahun 2024 dengan memperolehi 76 pingat emas, 54 pingat Perak dan 68 pingat Gangsa.
Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah dan juga YB Hannah Yeo, serta seluruh jawatankuasa kerja yang telah berjaya melaksanakan dengan jayanya temasya SUKMA kali ini.
“Sarawak bersetuju untuk bersama kerajaan Persekutuan menjadi rakan bersama menganjur Sukan SEA pada tahun 2027” tegasnya dengan tepukan gemuruh hadirin.
Terima kasih dan penghargaan kepada semua kontinjen dari Perlis hingga ke Sabah dan Brunei yang berkampung di Sarawak telah menujukan semangat sukan bermutu tinggi, hakikatnya perpaduan anak-muda dan persaingan semangat yang amat tinggi malah banyak memecahkan rekod temasya dan kebangsaan pada temasya ini, katanya lagi
Tambahnya, seluruh kontinjen telah mempmerkan semangat kesukanan, semangat perpaduan, semangat berdikari, semangat disiplin yg tinggi akan memberi masa depan yang cerah bukan sahaja kepada anak muda tapi seluruh rakyat Malaysia di masa hadapan.
Perdana Menteri, YAB Dato Sri Annuar bin Ibrahim turut berucap merasmikan SUKMA XX1 dan menyampai Anugerah Atlet Terbaik Lelaki dan Wanita serta menyasikan acara penyerahan SUKMA ke-22 kepada kerajaan Selangor Tahun 2026
Turut hadir, YB Dato Sri Haji Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Indutri Kreatif dan Seni Persembahan Menteri Belia Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak Merangkap Pengerusi Bersama SUKMA dan Para SUKMA XXI Sarawak 2024, YB Hannah Yeo, Menteri Sukan Malaysia, Timbalan-Timbalan Premier Sarawak, Menteri-Menteri Sarawak dan Persekutuan, Timbalan-Timbalan Menteri dan dif-dif kenamaan lain.